Jalur Gemilang

Bloody AdSense

My Alibi - only on Take180.com

Monday, February 25, 2008

Pak Lah's New Manifesto....of Lies

"No one will be marginalised" - A(nother) Promise.


Pak Lah launched a new manifesto at 4pm.

It's too long, and i'm too lazy to read it right now, but i'm pretty sure those following manifesto will contain 95% of lies for the next 5 years.



-----------------------------------MALAYSIA 2008: LAPORAN KEMAJUAN DAN MANIFESTO SELAMAT. AMAN. MAKMUR

Saudara dan saudari sekelian.Empat tahun telah berlalu semenjak saudara dan saudari mengamanahkan Barisan Nasional dengan mandat besar untuk mentadbir negara. Dalam tempoh tersebut, kami telah bekerja secara bersungguh menunaikan segala janji dan memastikan bahawa segala keputusan yang diambil adalah adil dan bermanfaat untuk semua.

Pengurusan ekonomi yang baik dan komitmen untuk memastikan bahawa `tiada seorangpun yang akan terpinggir’ telah meletakkan Malaysia pada asas yang kukuh. Ekonomi Negara berkembang pada kadar 6.3 peratus dalam tahun 2007, pencapaian terbaik semenjak tahun 2004, defisit fiskal Negara diturunkan kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), nilai dagangan antarabangsa melangkau tahap lebih 1 trilion ringgit, kira-kira 1.3 juta peluang pekerjaan diwujudkan, pasaran saham negara beberapa kali mencatat nilai tertinggi dalam sejarah dan lima koridor pembangunan dilancarkan. Kadar Kemiskinan berjaya kita turunkan secara ketara, jurang antara bandar dan luar bandar berjaya kita turunkan secara ketara, jurang antara bandar dan luar bandar berjaya dirapatkan, di samping dipastikan rakyat dapat menikmati kualiti hidup bermutu terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.Alhamdulillah, segala sasaran ini telah berjaya kita capai dalam suasana begitu mencabar, berhadapan dengan harga minyak dunia dan harga komoditi yang melambung tinggi. Benih-benih perubahan juga disemai di pelbagai bidang lain.

Misi Nasional telah diperkenalkan untuk memberi fokus kepada usaha mencapai Wawasan 2020 dan untuk kita dapat melangkah seterusnya. Pendidikan terus menjadi keutamaan dan jelas dibuktikan dengan peruntukan paling besar dalam sejarah serta meningkatkan standard. Kita juga telah mengambil langkah, memperkukuhkan institusi-institusi negara antaranya perkhidmatan awam, pasukan polis serta syarikat berkaitan Kerajaan.

Malaysia terus memainkan peranan aktif di arena antarabangsa, membina jambatan persahabatan di serata dunia. Di peringkat nasional, kita sering diperingatkan tentang pripentingnya usaha gigih, keadilan serta kebijaksanaan dalam mengukuhkan lagi perpaduan nasional dalam sebuah Negara muda seperti Malaysia. Kami bertekad untuk mematikan bahawa setiap rakyat ada tempat di bumi Malaysia ini.

Tahun lalu, kita sama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan Negara ke-50 dalam suasana perpaduan dan kebersatuan yang tinggi, melangkah maju ke hadapan untuk 50 tahun akan datang dan seterusnya.Adalah ketara, kemajuan telah berjaya dicatatkan dalam pelbagai aspek.

Namun, masih ada tugas yang perlu diselesaikan di dalam beberapa pekara. contohnya, usaha memerangi rasuah dan membanteras jenayah telah bermula dan mesti diteruskan. Sesungguhnya, Barisan Nasional sedia dan komited untuk meneruskan usaha ini demi mencapai matlamat kita.

Harga minyak yang terus meningkat serta beberapa isu antarabangsa lain mungkin akan menjejaskan kedudukan ekonomi tempatan.Namun, kami bersiap sedia mengambil langkah awal dan tindakan segera bagi terus memelihara kesejahteraan rakyat, walau apa jua cabaran yang mendatang.Keyakinan ini terbit dari hakikat bahawa Barisan Nasional yang saya pimpin ini telah teruji dan terbukti mentadbir negara. Kami memahami keperluan rakyat dan telah sekian lama menunaikan segala janji. Kami sedia untuk mengemudi Negara ke arah tuju seterusnya. Misi dan visi kami jelas untuk membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih gemilang.Kami memerlukan sokongan saudara dan saudari pada tanggal 8 Mac ini. Hasrat untuk melahirkan Malaysia yang lebih selamat, aman dan makmur hanya akan tercapai sekiranya kita sama-sama bersatu hati dan berganding bahu, demi generasi hari ini dan generasi akan datang.

- Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Pengerusi Barisan Nasional

EKONOMI2004-2007KEMAJUAN : MENJANA PERTUMBUHAN YANG KUKUH DAN MAPAN
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 18% dari RM427 bilion kepada 504* bilion.Semua sektor memperlihatkan pertumbuhan termasuk kegiatan baru seperti pertanian moden, bioteknologi, ICT dan perbankan Islam. Tahun Melawat Malaysia 2007 mencapai rekod ketibaan pelancong tertinggi, berjumlah 21 juta pelancong.Perdagangan antarabangsa meningkat 26% dari RM881 bilion kepada RM1.11 trilion.Pendapatan purata isirumah bulanan meningkat dari RM3,249 kepada RM3,617.Mengekalkan kawalan harga bagi barangan keperluan asas dan membelanja RM43.4 bilion dalam bentuk subsidi (2007) untuk menangani kenaikan harga barangan.1.3 juta peluang pekerjaan baru diwujudkan.Program Transformasi GLC berjaya meningkatkan keuntungan serta memberi pulangan yang lebih tinggi kepada pemegang saham amanah dan pencarum KWSP.Lebih 204,000 IKS dibangunkan sejak tahun 2005, melibatkan pemberian pinjaman berjumlah RM107 bilion dan pelaksanaan 402 program.Melancarkan lima pelan pembangunan koridor ekonomi untuk menjana serta membawa pertumbuhan ke seluruh pelosok negara.Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat mengatasi paras tertinggi dalam sejarah; serta peningkatan 161% nilai permodalan pasaran dari RM460 bilion (2003) kepada RM1.2 trilion (2007).Defisit fiskal berjaya dikurangkan dari 5.0% KDNK (2003) kepada 3.2% KDNK (2007).Simpanan matawang asing meningkat 130% dari USD44 bilion kepada USD101 bilion.Penarafan Malaysia dalam Indeks Daya Saing Global WEF meningkat dari tempat ke-25 (2005) ke tempat ke-21 (2007).*Anggaran terkini.IKRARMeningkatkan produktiviti, pendapatan dan daya saing negara.Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu.Memperkasa peranan sektor swasta sebagai enjin utama menjana pertumbuhan ekonomi negara.Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa lima tahun.Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa lima tahun.Mengurangkan lagi defisit fiskal negara bagi membolehkan lebih banyak dana digunakan untuk tujuan pembanguan, tanpa meningkatkan cukai.Melaksanakan pelan pembanguan kelima-lima koridor ekonomi bagi menjana pertumbuhan, pelaburan serta peluang pekerjaan ke seluruh pelosok negara.

PEMBANGUNAN SEIMBANG 2004-2007 Kemajuan: Merapatkan Jurang* Mengurangkan kadar kemiskinan tegar dari 1.2 peratus kepada 0.7 peratus jumlah penduduk, dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan dari 5.7 peratus kepada 3.5 peratus.* Merapatkan jurang pendapatan antara desa dan bandar dari 1:2.11 kepada 1:1.99, melepasi sasaran bagi tahun 2010.* Meningkatkan pendapatan para petani dan pekebun kecil; sebagai contoh, pendapatan pesawah padi telah ditingkatkan 27 peratus kepada RM1,549; pendapatan pekebun kecil getah ditingkatkan 34 peratus kepada RM1,727.* Membina 178,000 rumah dan pangsapuri kos rendah.* Membuka 14 hospital baru, 22 klinik kesihatan baru, dan 64 klinik desa baru.* Meluaskan liputan bekalan elektrik kepada 74 peratus di Sabah dan 83 peratus di Sarawak.* Membina 12,190 kilometer jalan-jalan kampung.* Membina 3 lapangan terbang baru termasuk terminal penerbangan kos rendah, dan menaiktaraf 5 lapangan terbang sedia ada.IKRAR* Menghapuskan kemiskinan tegar, dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8 peratus menjelang tahun 2020.* Meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan bermutu di luar bandar.* Meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan bagi isi rumah berpendapatan rendah di kawasan bandar, termasuk golongan yang telah berhijrah dari desa ke bandar.* Meningkatkan penyediaan rumah bermutu dengan harga yang mampu dibeli.* Meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang moden dan bermutu.* Menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam di bandar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.* Meningkatkan pembangunan jalan di kawasan luar bandar dan lain-lain kawasan kurang membangun.* Menaiktaraf infrastruktur rel dan penerbangan.* Meningkatkan liputan bekalan elektrik bagi kawasan luar bandar di Sabah kepada 81 peratus, dan di Sarawak kepada 90 peratus, menjelang tahun 2010.* Meningkatkan liputan bekalan air bagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kepada 70 peratus menjelang tahun 2010.* Meneruskan usaha merapatkan jurang digital dan meningkatkan penembusan perkhidmatan Internet jalur lebar (broadband) melalui Pelan Jalur Lebar Negara.* Meneruskan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampung-Kampung Baru.* Memastikan pengagihan seimbang peluang-peluang bermutu yang dapat menjana pendapatan, pekerjaan, perniagaan, dan pendidikan ke seluruh pelosok negara. Pendekatan "Kelantan Baru, Kelantan Maju" berhasrat memastikan berlangsungnya pembangunan berkualiti dan mutu kehidupan yang lebih baik bagi penduduk di Kelantan.

PENDIDIKAN 2004-2007 KEMAJUAN: MENINGKATKAN AKSES DAN STANDARD- Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan.- Meluaskan liputan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah.-Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah.-Memperuntukan RM3 bilion untuk biasiswa dan keperluan-keperluan bagi golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.-Memperuntukkan RM12 bilion untuk menaiktaraf sekolah luar bandar.-Menyediakan elaun khas untuk 12,000 orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar.

-Memperuntukkan RM174 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina berstatus bantuan penuh dan RM65 juta untuk SJK Tamil berstatus bantuan penuh di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).- Memperuntukkan RM100 juta untuk SJK Cina dan SJK Tamil berstatus bantuan modal di dalam RMK-9.

- Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di setiap negeri.-Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 buah kepada 53 buah, dan menggandakan enrolmen kepada 115,000 orang.-Menambah jumlah pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) peringkat ijazah di universiti tempatan dari 5,000 kepada 10,000 orang setahun dan menaikkan elaun pelajar tajaan JPA di universiti luar negara.-Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains termasuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas.Ikrar- Menaikkan tahap kelayakan minimum para guru dan menyediakan lebih banyak peluang latihan.-Meneruskan usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan; antara lain melalui usaha peluasan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil.- Memelihara kedudukan SJK.-Meningkatkan perpaduan nasional dengan menggalakkan interaksi di kalangan pelajar.-Menyediakan lebih banyak biasiswa di peringkat ijazah untuk pelajar yang berkelayakan dari keluarga miskin tanpa mengira kaum.-Mengenalpasti Universiti Apeks dan memberikan lebih autonomi dan sumber untuk membolehkan institusi pengajian tinggi awam mencapai tahap global.-Meningkatkan lagi pelaburan dalam bidang Sains dan Teknologi khususnya R&D di dalam negara.

UNDANG-UNDANG DAN KESELAMATAN AWAM2004-2007 KEMAJUAN: MENJADIKAN POLIS LEBIH DINAMIK
Undang-Undang dan Keselamatan AwamMenubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi penambahbaikan operasi dan pengurusan polis, membawa kepada pelaksanaan lebih 85 peratus cadangan yang dibuat.Meningkatkan gaji anggota polis dan angkatan tentera sebanyak sembilan hingga 42 peratus.Menggandakan peruntukan pembangunan pasukan polis kepada RM3.8 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-9 di samping menambah peruntukan RM5 bilion melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) bagi tujuan memoden dan melengkapkan pasukan polis.Menambah bilangan pengambilan anggota polis, melantik semua polis yang baru mencapai usia bersara, membangunkan lebih banyak balai polis dan meluaskan penggunaan CCTV.Melancarkan usaha pengawasan dan operasi polis secara lebih intensif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Lembah Kinta dan Wilayah Pembangunan Iskandar.Menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menangani kebimbangan rakyat berkenaan pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh polis.Meningkatkan kesedaran serta penguatkuasaan di kalangan pengguna jalan raya yang berhasil mengurangkan kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya.IKRARMengurangkan indeks jenayah negara.Menangani penyalahgunaan dadah dan lain-lain gejala sosial.Menangani isu pendatang asing tanpa izin.Menambah 60,000 anggota polis menjelang tahun 2001.Membina 150 balai dan pangkalan rondaan bagi meningkatkan kehadiran polis dalam kawasan setempat.Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam.Meningkatkan usaha kepolisan dalam masyarakat melalui kerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan masyarakat setempat.Menaiktaraf teknologi komunikasi, peralatan senjata, kenderaan, alat bantuan teknikal serta program-program latihan pasukan polis.Memberi fokus sumber dan operasi di kawasan-kawasan cenderung jenayah di serata negara.Menyusun semula persempadanan daerah polis agar lebih sepadan antara sumber polis dan keperluan keselamatan masyarakat setempat.

BARISAN NASIONAL KERAJAAN YANG PRIHATIN2004-2007: MERINGANKAN BEBAN KENAIKAN HARGA BARANG
Membelanjakan RM16.2 bilion untuk subsidi petrol, diesel dan gas serta RM18 bilion bagi mengekalkan harga rendah bekalan gas kepada industri dan penjanaan elektrik (2007).Membelanjakan RM9.2 bilion untuk pelbagai subsidi lain antaranya merangkumi baja, tol hinggalah kepada baucer tuisyen (2007).Membelanjakan RM331 juta untuk subsidi tarif elektrik pada tahun 2006 dan 2007.Mengekalkan kawalan harga barang keperluan asas.Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah.Meluaskan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah.Mengekalkan bayaran perkhidmatan klinik kerajaan pada kadar RM1.Membina lebih banyak rumah kos rendah; mengekalkan sewa pada kadar RM100-RM300 sebulan.Mengurangkan kos membeli rumah sehingga RM2,000 dengan memotong duti setem.Menurunkan kadar cukai jalan.MENINGKATKAN PENDAPATAN BERSIHMenaikkan gaji dan elaun sara hidup (COLA) kakitangan awam, polis dan tentera yang kesemuanya berjumlah RM8 bilion.Menaikkan elaun khas sehingga RM1,500 untuk guru-guru dan pembantu guru yang berkhidmat di luar bandar berjumlah RM187 juta setahun.Dividen lebih tinggi daripada Kumpulan Simpanan Pekerja/Bank Rakyat/Lembaga Tabung Angkatan Tentera/Permodalan Nasional Berhad hasil usaha pengukuhan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan ekonomi yang memberangsangkan.Pengecualian cukai bagi pembelian buku ditingkatkan dari RM700 ke RM1,000 setahun.Memberi pengecualian cukai sehingga RM4,000 untuk setiap anak yang belajar di institusi pengajian tinggi.MEMASTIKAN TIADA YANG TERPINGGIRMemperuntukan elaun bulanan sekolah untuk 1.5 juta pelajar yang layak diberi bantuan.Menaikkan kadar maksimum bantuan bulanan dari RM350 ke RM450 bagi setiap keluarga miskin.Menganugerahkan biasiswa secara automatik kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang SPM daripada kalangan keluarga berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi.Menggandakan elaun bulanan pelajar kurang upaya dari RM25 kepada RM50.Menaikkan elaun bulanan pekerja kurang upaya dari RM200 ke RM300.Memberi pengecualian cukai sebanyak RM5,000 untuk setiap anak kurang upaya.Menaikkan paras pengecualian cukai untuk pembayar cukai kurang upaya dari RM5,000 kepada RM6,000.Mengeluarkan tambahan bon sebanyak RM2 bilion untuk pesara.Mengeluarkan bon Merdeka sebanyak RM1.75 bilion untuk pesara.Membuat bayaran saguhati antara RM200 ke RM400 kepada 542,000 pesara.Menaikkan bantuan bulanan warga tua dari RM135 ke RM200.PERKHIDMATAN AWAM2004-2007: KEMAJUAN: Bergerak Menuju Tahap Global-Pemulangan automatik untuk lebihan bayaran cukai pendapatan; pemulangan dibayar dalam tempoh 14-30 hari kepada penyerahan cukai yang dibuat secara online.-Pasport dikeluarkan dalam masa tiga jam di cawangan-cawangan utama Jabatan Imigresen.-MyKad dikeluarkan dalam masa 24 jam di cawangan-cawangan utama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).-Lebih 70 peratus daripada kes-kes tertunggak diselesaikan melalui pembentukan pasukan khas ‘flying squad’.-Mengurangkan masa yang diambil untuk membayar kontraktor dan pembekal Kerajaan kepada 14 hari.-Menetapkan masa satu jam bagi pendaftaran perniagaan dan 15 minit bagi pembaharuan pendaftaran perniagaan.-Mewujudkan Pusat-Pusat Setempat di pejabat pihak berkuasa tempatan bagi mengurangkan tempoh masa kelulusan pelan bangunan.-Menggantikan Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) dengan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang dikeluarkan oleh Pihak Swasta.-Mewujudkan PEMUDAH, satu pasukan petugas khas awam-swasta bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan di Malaysia.-Menaikkan gaji anggota perkhidmatan awam; memperkenalkan semula elaun kos sara hidup; dan memperuntukkan lebih RM6 billion untuk kuarters kerajaan.IKRAR-Mempercepatkan pelaksanaan inisiatif e-Kerajaan.-Merekayasa semua pejabat tanah dan daerah.-Mempercepatkan pengeluaran lesen dan permit.-Memperkenalkan sistem penilaian pihak berkuasa tempatan untuk mempertingkatkan prestasi.-Kenaikan pangkat, ganjaran dan penalti anggota perkhidmatan awam diasaskan kepada pencapaian sasaran prestasi kerja.-Meningkatkan kepelbagaian etnik dalam perkhidmatan awam.-Menginstitusi agensi kerajaan dengan budaya mengambil tindakan dan memberi maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan dan pertanyaan awam.

MEMBANTERAS RASUAH DAN MENINGKATKAN URUSTADBIR2004-2007: KEMAJUAN : MENCIPTA INSTITUSI KELAS PERTAMA.-Meningkatkan kesedaran awam tentang usaha memerangi rasuah yang mendorong peningkatan 25 peratus jumlah laporan yang dibuat (2003-2007).-Meningkatkan 72 peratus jumlah tangkapan kes-kes berkaitan rasuah, dari 318 (2003) kepada 546 tangkapan (2007).-Meningkatkan kadar sabitan kes-kes berkaitan rasuah dari 50 peratus (2004) kepada 74% (2007).-Menggandakan bajet operasi Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada RM154 juta, dan memperuntukkan RM372 juta bagi tujuan pembangunan di dalam Rancangan Malaysia Ke-9.-Mempertingkatkan bilangan pegawai BPR termasuk golongan pakar seperti juruaudit forensik, serta membangunkan Akademi BPR.-Melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia.-Menubuhkan serta memantapkan lapan Jawatankuasa Parlimen bagi meningkatkan ‘check-and-balance’.-Meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.-Membentuk Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat klip video berkaitan dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim.IKRAR-------Meneruskan usaha memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih.-Memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).-Menubuhkan satu Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa.-Meneruskan usaha memupuk budaya integriti dan tahap etika yang tinggi melalui Pelan Integriti Nasional.

AGAMA DAN PERPADUAN2004-2007:KEMAJUAN: MEMBINA PERSEFAHAMAN DAN MEMPERKUKUHKAN KEPERCAYAAN * Mewujudkan 10 prinsip Islam Hadhari, merupakan satu pendekatan bagi membina peradaban Islam yang progresif* Meningkatkan pendidikan agama Islam di sekolah dengan memperkenalkan program Jawi-Quran, Arab dan Fardu-Ain (J-QAF)* Mempertingkatkan kebajikan [pegawai-pegawai agama, termasuklah memperuntukan elaun RM450 bagi para imam* Mengekalkan kos bagi setiap jemaah haji walaupun dalam suasana kenaikan harga * Menjamin hak beragama bagi setiap rakyat Malaysia* Merangka garis panduan bagi memastikan penyediaan tanah simpanan untuk tempat beribadat dalam kawasan yang baru dibangunkan* Menggalakkan persefahaman antara agama melalui forum seperti Panel Penasihat Perpaduan Negara* Menggalakkan perpaduan antara kaum melalui program seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)IKRAR* Membina persefahaman yang lebih baik tentang Islam di kalangan orang Islam dan bukan Islam melalui pendekatan Islam Hadhari* Meningkatkan pemahaman mengenai pelbagai budaya di kalangan masyarakat majmuk Malaysia* Meluluskan program J-QAF kepada lebih banyak sekolah* Memastikan tanah simpanan bagi tempat beribadat disediakan dalam kawasan yang baru dibangunkan, seiring dengan garis panduan yang telah dirangka* Memudah cara pembinaan, penggabungan dan penempatan semula semua tempat beribadat melalui mekanisme khusus di peringkat kerajaan negeri yang akan diselaraskan di peringkat Persekutuan bagi menjaga kepentingan semua pihak* Meningkatkan usaha dialog berkenaan isu-isu antara agama melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional* Meningkatkan keberkesanan pelbagai program perpaduan, terutamanya di sekolah dan pusat pengajian tinggi

DASAR LUAR2004-2007: KEMAJUAN : MEMPAMERKAN KEPIMPINAN YANG TEGUH
Mempamerkan kepimpinan yang mantap dalam pertubuhan antarabangsa seperti Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).Menjadi tuan rumah pertama bagi Pertemuan Kemuncak Asia Timur, yang menjadi platform bagi kerjasama yang lebih erat antara ASEAN dengan China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, dan New Zealand.Menerokai pasaran baru dan merangsang hubungan perdagangan dan pelaburan melalui lawatan rasmi pemimpin tertinggi negara. Dagangan dengan kesemua rakan dagangan utama menunjukkan peningkatan ketara; peningkatan terbesar dengan negara China (meningkat 65%), negara-negara OIC (54%), dan ASEAN (29%).Memperkukuh suara Malaysia di arena antarabangsa dengan memperjuangkan isu ekonomi dan sosial negara-negara membangun.Membantah ketidakstabilan di peringkat antarabangsa, khususnya pencerobohan Israel ke atas Palestin.Meningkatkan peranan NAM, khususnya melalui penubuhan institut NAM bagi Memperkasa Wanita dan Jaringan Berita NAM.Menekankan peranan ekonomi OIC melalui Program Bina Upaya bagi mengurangkan kemiskinan, dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan melalui World Islamic Economic Forum.Memainkan peranan utama dalam menggalakkan dialog antara dunia Islam dan Barat.Melaksanakan usaha berterusan bagi memupuk kerjasama, keamanan dan kestabilan ASEAN.IKRARMeneruskan peranan secara aktif, berprinsip dan berkecuali dalam hubungan antarabangsa.Meningkatkan rangkaian perdagangan dan pelaburan.Memajukan agenda ekonomi OIC melalui program-program bina upaya di negara-negara Islam yang kurang membangun.Menggalakkan kerjasama strategik antara Barat dan dunia Islam untuk memajukan agenda ekonomi di bawah Deklarasi Makkah 2005.Meneruskan usaha pembinaan persefahaman antara masyarakat Islam dan dunia Barat melalui dialog yang berterusan.Memberi sumbangan ke arah agenda membangunkan negara-negara termiskin.

BN : Lebih 50 tahun memimpin negara.Sama-samalah kita TERUS MAJU.


Yeah, yeah whatever. Just go back to bed.

PS: Congratulations to the Coen Brothers, Diablo Cody, Daniel Day-Lewis and Marion Cotillard for winning the Oscars. May i one day follow the same path you guys took aswell!

Nuffnang ad